30 December 2009

Jumpa lagi tahun depan..


Sebab tahun ni saya nak balik terengganu! Tahun depan saya datang balik gombak yee.. ;D

p/s utk budak-budak losong : sape rajin study je dapat ni ye! hehe~

Balik, seronok bukan?


Akhir-akhir ini, status hidup asyik seronok, gembira dan suka saja.
Namun..kadang kala manusia itu sering lupa, setiap kegembiraan itu pastikan terselit kedukaan. Setiap kesenangan itu pastikan diselangi kesusahan. Itu janji Allah dalam surah Al-Insyirah, ayat 5 & 6. Saya mula akur..walau hati masih basah.

Maaf kawan..

Lisan senang menipu, tapi riak sesekali tidak! Memang saya suka untuk cuba berlagak tenang~


Dan saya terharu kerana kalian merupakan scanner hati yang terbaik!

GG, Kak Nuha, Syifa > Terima kasih untuk hadiah malam kegembiraan dari kalian. comel kan baby tu!

Ecah > Terima kasih meminjam pagimu untuk esakan itu. Terharu~
Sungguh!
Umy, Grah, Ana > Terima kasih atas setiap langkahan hingga ke muka pintu dan kalian dah macam detektif conan! serius tak tipu!

Mira, Aisyah, Sheika > Terima kasih kerana perasan dan sudi teman. Saya belajar mengenal kelemahan diri dari kalian. Tenggelamkan diri ini dalam dunia tawa dan semangat!

Intan > Terima kasih tak putus-putus bertanya! Saya tahu kamu memang teman terbaik~

Farah > Terima kasih panggilan yang tak diduga. Farah, hadirmu memang menggembirakan insan!

Dayah > Malam-malam tak sangka masih punya tetamu. Terima kasih sudi jenguk!

Kisah itu, biarlah saja saya dan kalian yang tahu. biarkan...biarkan..saya mahu saja ia ditiup angin. Tapi angin pula tak larat nak bawa! oh..

Apa-apapun, doakan saya sekuat Irfan Hakimi, seorang Remaja Mulia yang membesar tanpa ibu, menghadapi kematian ayah di depan mata, dituduh pula mencuri sehingga dibuang sekolah, disaat sendu bertandang, kehilangan pula Haji Makruf yang menjadi penjaganya. Yang menggembirakannya dikala ujian bertimpa-timpa itu siapa? Penulis Remaja Mulia menjawab: Allah sahaja penawarnya!

Ok! saya cuba untuk tidak cuba berlagak tenang lagi~ ^__^

Teringat semula janji Allah swt : Setiap kesusahan pasti ada kesenangan!

Bukti?
2 minggu lepas, Kak Mar dan Abang Imran diuji dengan kemalangan jalan raya. Luka sikit je tapi kereta rosak teruk. Diorang macam sedih jugakla.. Tiba-tiba kan, semalam Allah datangkan berita gembira! KAK MAR PREGNANT ADIK TOCIM!! alhamdulillah! kenapa adik tocim? oh..itu hal sesama adik beradik je. yang pastinya, sangat teruja nak tengok gaya kak mar mengandung..waha.macam tak percaya je makcik tu dah nak jadi mak orang~ apapun, syukur sangat! terima kasih Allah! ^__^

Balik cuti ni, saya tinggalkan satu hadiah untuk kalian.Kot-kot la malam tahun baru nanti ada yang rindu [perasaan!ehe~], maka..tatap la gambar ini dan hayati kata-katanya ye...


Aku kagum dengan pencipta kapal terbang! Tapi aku lagi kagum pada Pencipta burung kerana Dia mencipta burung dan mencipta pencipta kapal terbang! -radhiahsyahida

-moga Allah redha-

28 December 2009

seronok kan?

Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya r.a. katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

mesra kerana Allah!

Di sekitar arsy ada terdapat menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaian mereka dari cahaya & wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi & syuhada, hingga para nabi & syuhada kagum pada mereka. Ketika ditanya oleh para sahabat, Rasulullah menjawab:
"mereka adalah orang-orang yang saling mencintai kerana Allah, selagi bersahabat kerana Allah, selagi berkunjung kerana Allah & selagi memaafkn kerana Allah!"

Status : Seronok..suka..gembira..happy..farh..alhamduliLlah ^__^

* seronok? oh..tiba-tiba terasa macam nak makan kuih beronok warna merah [tak tau betul tak ejanya..huhu.abaikan~]

** gambar ihsan dari cik google =)

26 December 2009

Mutmainnah dan Kisah Nafsu [p.2]

sambungan Mutmainnah dan Kisah Nafsu
.
..
...
....
.....


"Kak Aishah, kenapa Allah bagi kaum kita ni banyak nafsu?"

"Oh..kaya la kita ada banyak nafsu..hehe" Kak Aishah cuba berseloroh memulakan muqaddimah.

"Begini Ina, sebenarnya dalam dunia ni, nafsu ada 7 peringkat..dan bukan semua nafsu yang Allah cipta itu tak elok.." Kak Aishah menarik nafas panjang…

"Nafsu pertama ialah Ammarah iaitu bagi mereka yang sentiasa menghampiri maksiat, terlalu gembira bila mendapat nikmat, dan terus berputus asa bila diuji. Mereka tak sedih dan tak akan menyesal jika berada di dalam maksiat dan kejahatan."

"Contohnya kak?"

"Contohnya?? Emm..macam ni.. Seorang wanita yang mengaku islam tetapi bangga apabila tidak menutup aurat. Dia tahu hukum menutup aurat itu wajib tetapi tidak pernah berasa berdosa bila tidak memakai tudung atau bila memakai pakaian jarang.."

"Yang kedua, nafsu Lawwamah iaitu bagi mereka yang kadang-kadang terjebak dengan dosa tetapi sering menyesal dengan perbuatannya itu. Dia sentiasa berusaha untuk berubah tapi kadang-kadang tidak dapat mengelak godaan syaitan. Kadang-kadang, manusia bernafsu Lawwamah ni akan terdetik di dalam hati mereka untuk berasa riya’ bila melakukan sesuatu kebaikan"

"Kak, macam mana nak elak nafsu Lawwamah ni ek?"

"Mujahadatunnafs! Jihad melawan nafsu. Sebenarnya, nafsu jahat dan Iman sering berlumba-lumba untuk memenangi kita. Kita manusia, siap berakal lagi! Maka, pergunakanlah akal pemberian Allah ini dengan cara yang paling waras"

"Thanks kak…ok, sila sambung lagi..ehe"

"Ye baik cik adik…nafsu ketiga ialah Mulhimah. Peringkat ini boleh dicapai bila manusia tu dapat melawan nafsu Lawwamahnya dengan bersungguh-sungguh untuk menyucikan hati. Biasanya, mereka ini memiliki sifat takut, syukur dan bertawakkal kepada Allah yang sebenar-benar…bukan hanya enak melafazkan kalimah syukur dan tawakkal di mulut sahaja. Taubat mereka pun merupakan sebenar-benar taubat. Bukan on off macam tu je.."

"Martabat seterusnya ialah nafsu Mutmainnah iaitu peringkat nafsu yang pertama yang diredhai Allah swt dan layak memasuki syurgaNya" kak Aishah berhenti seketika..mengambil nafas barangkali…fikir Mutmainnah yang masih tersengih-sengih tatkala namanya disebut sebagai salah satu peringkat nafsu yang layak ke syurga.

"Orang yang memiliki nafsu Mutmainnah ni memiliki sifat pemurah yang amat sangat. Wang di tangan mereka tak pernah lekat kerana kerapnya bersedekah. Mereka juga kuat beribadah dan memiliki taqwa yang sebenar iaitu takut dan harap"

Oh..sesungguhnya nama tak dapat mewarisi peringkat nafsu!huhu.. Mutmainnah hanya mampu mendengus di dalam hati. Dia masih ingat lagi kisah 'Takut & Harap Saidina Umar' yang mana bila ditanyakan oleh Rasulullah s.a.w…
"Hai Umar, apa yang kamu maksudkan dengan TAQWA?"
Jawab Umar "TAKUT & HARAP… iaitu aku takut jika semua manusia layak ke syurga kecuali aku dan andaikata jika seorang saja manusia yang layak ke syurga, aku berharap itulah aku"


"Ok..nak sambung lagi ke?" Kak Aishah memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka sebentar tadi..

"Nak..nak.." Nusaibah, sahabat mereka dari Baling, Kedah cepat-cepat menjawab. Fuh, bersemangat.

"Seterusnya ialah nafsu Radhiah. Mereka yang berjaya sampai ke peringkat nafsu ini mempunyai hubungan dengan Allah yang dekat. Mereka mengenali zat-zat Allah dengan kenal yang sebenar-benarnya. Yang paling hebat, mereka tidak pernah takut akan bala dan tidak tahu gembira pada nikmat, yang mereka kenal ialah keampunan dan redha Allah sahaja"

"Oh..ini macam tahap wali-wali Allah la ni ye kak?"

"Yup..selain itu wali-wali Allah ini dianugerahkan dengan kelebihan memiliki firasat yang tinggi." Sebagaimana sabda RasuluLlah s.a.w yang mafhumnya..
Takutilah akan firasat orang mukmin, sesungguhnya mereka melihat dengan nur [petunjuk] Allah swt. –riwayat At-Termizi-

"oh..macam tu rupanya.." sampuk Anisa, teman sehalaqah mereka juga.

"ok..akak sambung sikit lagi ye..2 saja lagi.. akak cuba ringkaskan. Yang keenam ialah nafsu Mardhiyah..iaitu orang yang memiliki peringkat nafsu ini mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar sebati dengan Allah swt dan yang paling best, setiap perbuatan mereka pasti Allah telah redha..best kan?"

"Ha'ah..seronoknya kalau setiap amal kita confirm and confidence je Allah redha.."

"Conclusion, buat yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang! hoho..seronok je akak cakap macam ni kan?..payah nak buat tu dik, payah..! sebab tu la, kita diberi peluang untuk istighfar. Leka dan terus memohon ampun. It is the best formula!"

"Dan yang last ialah nafsu Kamilah, peringkat yang hanya mampu diperoleh oleh para rasul, para nabi dan wali Allah. Betapa hebatnya mereka, setiap detik amal di dalam kehidupan mereka hanya Allah tujuannya. Tiada dunia dan segala isinya. SubhanaLlah!"

"Fuh..semput akak nak habiskan semua peringkat nafsu tu…ok, semua dapat dan faham?"

"Dapat kak.." jawab mereka serentak.

"Ha..good girls! Sekarang, akak nak korang semua nilai balik nafsu korang semua kat peringkat mana. Muhasabah itu mesti! Ingat, penciptaan nafsu oleh Allah swt itu cantik. Ada nafsu yang baik dan jahat. So, tak boleh nak pertikaikan lagi kenapa wanita tu ada banyak nafsu sebab kalau dia pandai menundukkan nafsunya, insyaAllah akal dan nafsu tu akan berjalan seiring.."

"Lagi satu, walaupun nafsu yang baik tu macam payah je kita nak dapat, tapi kita tak boleh putus asa. Contohnya, kalau Ina nak dapatkan peringkat nafsu Mutmainnah tu, kena jihad lebih la ye sayang.."

“Err..hehe..InsyaAllah kak!” Tersengih-sengih Mutmainnah. Macam tahu-tahu je aku tengah terfikir tentang tahap nafsu tu.

Kata-kata itu masih terngiang-ngiang sampai malam ini. Ya, mungkin aku terlalu mengikut nafsu yang kurang baik menyebabkan aku terjebak untuk melakukan dosa-dosa kepada Allah. Mungkin bagi mereka di luar sana, khilaf yang dilakukannya itu sekadar dosa-dosa kecil yang boleh diampunkan Allah bila-bila masa. Tetapi tidak bagi Mutmainnah, selagi mana tindakannya itu bakal menghantar kakinya untuk selangkah ke neraka, dia tidak tega untuk terus berasa bersalah!

Hurm..alhamduliLlah, jiwa aku makin damai sekarang. Aku tahu Allah sayang pada aku. Moga hijrah aku kali ini lebih bererti. Aku yakin dengan izin Allah! Mutmainnah sudah mampu tersenyum. Malam 10 Muharam 1431 hijrah ini amat bermakna baginya. Dia telah menemui erti hijrah yang sebenar-benarnya. Esok, hari asyura..insyaAllah, dia akan berpuasa sebagaimana disunatkan berpuasa. Sabda RasuluLlah saw:
Puasa 'Asyura akan menghapuskan dosa setahun yang lalu -riwayat Imam Muslim-

Moga Allah terima taubat hamba-hamba yang suka meminta-minta tapi tidak pernah lupa untuk bersyukur padaNya!- radhiahsyahida



p/s : Mutmainnah adalah sekadar watak. Kisah nafsu itu pula mungkin boleh terjadi kepada sesiapa baik lelaki mahupun wanita. Ambillah 'ibroh bukan sekadar bacaan ringan. Manusia itu tidak terlepas dari silap kepada Tuhannya. Tapi, punya peluang untuk pulang kepada fitrah. Ampunilah dosaku dan dosamu.Ameen!